Sunday, April 29, 2012

Luka

Luka itu terlalu dalam
Kalau pun hampir sembuh, parutnya tetap ada.

Sunday, April 15, 2012

Sempurna

Aku tidak sempurna. Aku bukan mancari sempurna. Aku hanya mahu melengkapi ketidaksempurnaan. 

Wednesday, March 14, 2012

Sebab Saya Ada Dia

Pernah dulu hati saya pedih. 

Bila mana hati saya jatuh awak tak sambut.

Hari ini, sekali lagi hati saya jadi kecut bila terpandang mata awak.

Dan kali ini, saya akan pastikan hati saya tak jatuh ke riba awak lagi.

Sebab saya ada dia.

Tuesday, February 7, 2012

Epic

“Sebenarnya, love story yang epik semua ended up tak bahagia. Romeo and Juliet. Mati. Love story yang bahagia bukan epik,”

~ 01:27:19

Tuesday, January 31, 2012

Awan

Dari titis-titis air mata ini, aku mahu kamu jadi awan. Melindungku, menjagaku dan melihatku dari atas. Memenuhi atmosfera rindu.

Kadang-kadang

Kadang-kadang rindu itu datang
Selalu aku rayu pada angin bawalah ia terbang dan pergilah menghilang

Kerana lelah ini terlalu panjang
Panjang, menyesakkan ruang dan menggoncang

Sunday, January 29, 2012

Thursday, January 26, 2012

Pinochio

Selalu kau curi pandang yang konon-kononnya aku tak nampak. Bila aku dapat tangkap mata kau, kau senyum, reveal kau dah kantoi.

 Selalu aku buat-buat tanya,"apa?".
 Dan kau tunduk senyum dan bersuara,"cantik".

 Lepas tu aku tarik hidung kau supaya panjang macam pinochio yang menipu.

Sunday, January 15, 2012

Aku, kau bulan dan bintang

Ada sekali bila aku nampak serius belek-belek benda, dan kau tanya 'baby nak ke?'.
Aku cuma mampu senyum dan geleng.

Balik tu sebelum tidur aku text kau bagitau yang aku dah lama cari bracelet or necklace yg ada replika eiffel tower.
Kau cuma jawab, 'nanti kita cari eh'.

Ini bukan jawapan sebenar. Jawapan sebenar ialah bila kau sabar teman aku 5 6 jam buat keje office kat restoran ntahapename sambil baca metro. Tabloid metro, yang hanya banyak cerita tentang abang kongkek adik, cucu main dengan nenek dan mak nak kahwin dengan anak. Membobosankan.

Seriously aku melayu minimalis bila 'aku tak peduli' semua tu. Aku hanya mahu waktu di mana ada kita. Aku, engkau bulan dan bintang :p

Saturday, January 14, 2012

Jawapan untuk soalan kau hanya dari tuhan.

Mana kau pergi sebelum ni?
Kenapa aku tak jumpa kau lama dulu?

~ soalan-soalan kau yang hanya tuhan boleh jawab :)

Tuesday, January 10, 2012

Senyum

Bertahun aku lalui kesakitan luka-luka bernanah dan parut yang tak pernah hilang. Terlalu lama aku bergelap dengan jiwa yang rapuh. Aku kini punya alasan kukuh untuk tersenyum sendirian. Lantas, doa-doa ketika sujudku semakin panjang.

Saturday, January 7, 2012