Sunday, November 20, 2011

Jika


jika Tuhan tetapkan itu,maka itu.
jika kau,maka kau.
jika tiada,maka aku tidak akan bertanya apa-apa.
~Si Geger tujuh belas.

Cinta bukan segalanya

Cinta memang memberikan sesuatu.
Tapi cinta bukan segalanya.

Saturday, October 29, 2011

Buat pembaca istimewa

Terima kasih kerana masih mahu bidadarisorga aku yang terindah. Memang indah untuk aku, tapi tak tahu untuk kamu.




Dan ada bidadari2 bermata jeli. Laksana mutiara tersimpan yang baik~ Al Waaqi'ah ayat 22&23.


Seperti bidadari yang bermata jeli. Aku letakkan ia laksana mutiara tersimpan baik. Biar ada malu, agar si putera tercari-cari berduka lara. 

Kalau nafas ini masih panjang, rasa ini akan aku kongsi dengan kamu lagi. :)



Salam.

Friday, August 5, 2011

Maaf

Apa yang boleh aku lakukan, bilamana setiap hela nafas aku cinta kau punya.

Sunday, July 24, 2011

Iman

Alangkah malang jika hidup tanpa iman. Setiap masalah disambut dengan buruk sangka dan penuh kebencian sehingga hati menjadi keras dan kering. Tiada langsung ruang untuk redha dan pasrah menerima dan meyakini kesempurnaan takdir dan tadbir Allah. Wallahualam.

Sunday, July 10, 2011

Peringatan #1

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Saturday, July 9, 2011

Syurga

Aku akui berpisah dengan kau bagaikan satu kiamat kecil.
Dan hati aku enggan berdetak lagi.

Selepas itu.
Aku cari bisikan tuhan supaya tidak berumah di atas jambatan dunia ini.
Dunia hanyalah jambatan untuk aku dan engkau mengumpul bekalan.
Untuk kita berumah di syurga yang abadi.

Aku doakan aku, engkau berjumpa dengan syurga itu.
Walau dengan orang yang berlainan.
Tahniah kepada orang itu kerana kau memang terpaling indah.

Neutral.

Butir-butirnya bukan asid, bukan alkali.
Bukan empty bukan berisi.

Tiada kegelisahan.
Kerana kegelisahan itu hanya menyeksa jiwa dan raga.

Sesungguhnya kehidupan itu sendiri penuh penderitaan dan kepahitan.
Tersenyumlah, cukuplah jika kepahitan itu hanya di atas langit.

Bidadari, hanya sibukkan diri dengan kerja penuh kesungguhan.

Wednesday, June 15, 2011

Setiap kali

Setiap kali, walau hanya baca nama kau, hati aku bergetar

:(

Friday, June 10, 2011

Maaf

Kalau kau harapkan cinta, maaf. Cinta itu sudah lama tiada.

Sunday, June 5, 2011

Kerana Sayangnya Allah Kepadaku.

Dari mula lagi, Allah tarik aku keluar dari bulatan dosa-dosa jahanam itu.
Kerana Dia mahu aku jadi solehah.
Dia mahu aku bertemu yang lebih baik.
Kerana Dia mahu aku redha dengan gembira.

Redha hamba Allah yang solehah adalah redha dengan gembira.
Bukan redha dengan kesedihan.
Tercapaikah aku?

Thursday, May 26, 2011

Perit

Dear awak, hati saya perit.
Bila awak hanya minta tumpang lalu dan tersenyum pergi.

Awak sangka saya rhapsody tapi sebenarnya saya agony.

Sunday, May 22, 2011

Dear Awak

Dear awak,

Tempohari saya jalan jalan.
Kaki saya tersadung.
Saya terjatuh
Terjatuh cinta sama awak.

Tapi saya tau awak tak boleh cinta saya.

Saya minta maaf, seriously tak sengaja.
Awak jaga diri. Bye awak.

Sunday, May 8, 2011

Terima kasih

Terima kasih atas pemberian helaian kertas wangi untuk aku hidu.

Friday, May 6, 2011

Bila mana rambut engkau dan aku telah putih.

Bila mana rambut engkau dan aku telah putih, kita masih lagi berpimpinan tangan mengharung derita kita. Kalaulah dunia baik hati.

Thursday, May 5, 2011

Malang

Dear reader,

For past few days, bidadari malas dan kecewa untuk update.
Bila mana lain yang kau mintak lain yang kau dapat.
Takde kaitan dgn blog ni pun.

Ini ada kaitan dgn isi hati. Titik.
Dan yang yang paling pedih 'mintak' dan 'dapat' itu rupanya sangat berkaitan.
'Mintak', kalau la kau realize dari dulu lagi.
Tolong realize? Nasib kau dan aku rupanya sama dan kita sangat memahami.

Malang.

Friday, April 29, 2011

Takkan.

Keluar dengan orang yang aku harap takkan jatuh cinta dengan aku.

Boleh tak kau jangan nak buat statement yang ala-ala denial gitew.

Pasal, siapa-siapa pun berkawan mestilah ada aim bodoh.

Kalau aku 'tak' macam mana?

Dah dah, sila hentikan perangai bangang-hurting someone's heart-saja suka suka-tapi happy je kawan ngan dia.

Apa ni?Lol.

Ya, Allah. Ampunkan aku.



Thursday, April 28, 2011

Selepas renyai hujan.

selepas renyai hujan
kamu pelangi aku

dan

Aku mahu kamu tahu
Bahawa setiap titis air mata yang mengalir
Menggambarkan jiwa aku yang sudah pun berhenti berharap.

Sunday, April 24, 2011

Hatinya telah lama kering. Tinggal tunggu karma itu kembali 360 darjah.

Sunday, April 17, 2011

Kalaulah boleh.

Kalau boleh, sebelum aku menutup mata, aku mahu bercinta lagi. Memang aku mahu rasa kembali cinta yang mendalam itu. Cuma aku tak mampu.

Friday, April 15, 2011

Kebelakangan

Kerja banyak macam cilaka. Bila amanah, kau kena buat sebab ia adalah amanah walau sesukar mana pun. Dan yang paling penting ikhlas hati. Itu prinsip aku.

Aku dapat satu persahabatan yang semakin berkembang dan aku suka 'term' persahabatan itu tanpa ada term term lain masuk campur cerita. Boleh? (Nak like seribu kali)

This week perasaan aku kuat untuk balik rumah mom. Dia tak paksa tapi aku taknak jadi anak durhaka.

Bila aku bagitau semua tiap-tiap hari aku balik pukul sepuluh malam dari office, semua geleng kepala. Perempuan apa ini?Kalau macam ni lah gayanya, memang langsung kau tak perlukan sesiapa untuk ambil tahu diri kau sebab nanti orang itu terus menerus kecewa bila kau tak ada masa untuknya.

What the..

Friday, April 8, 2011

Kerana rasa itu hanya di situ.

Apa yang boleh dilakukan jika setiap kali pun hati hancur, kita masih lagi boleh memaafkan. Kita masih lagi boleh menyayangi dan memberi peluang kepadanya. Kerana rasa itu hanya itu. Rasa itu tiada di mana-mana dan rasa itu hanya di situ.

Saturday, March 26, 2011

Rancangan

Orang cakap kita perlu rancang kehidupan. Dan kemudian sama ada rancangan itu jadi atau tidak itu kerja tuhan. Kalau kerja, I boleh nampak siapa I di masa akan datang. Kalau I belek-belek muka I boleh spot bahagian mana yang perlu diberi perhatian. Kalau kehidupan, I nampak satu lembaga yang lebih kurang rupanya macam tidak letak apa-apa gambar di facebook profile. At least kalau I tau dia siapa I boleh rancang untuk hadapi masa depan kalau gaji dia sebesar kuman atau gaji dia sebesar rumah. At least I boleh belajar masak apa yang dia suka makan. At least, at least.

I rancang nak hidup  untuk cari redha tuhan. Yang lain tak berapa penting sangat.

Monday, March 14, 2011

letting go.

It has always been there. it has never left me. it has never been heal. it hides itself so well in that tiny corner of my heart that i have missed spotting it.


so why hasn't it been removed? why hasn't it left me? why does it hurt so when it was supposed to be all over?


letting go takes a lot of time, efforts and beliefs.

Monday, March 7, 2011

This is it

I think i do love to like him
I don't know what it is
I just don't know
sigh

Love is tiring
Love is demanding
Love is torture mentally, emotionally and phisycally.


Sunday, February 27, 2011

My friend dedicate this to me.Thanks. :)


Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas Rasulullah Sallalahhu Alaihi Wasallam, pesuruh Allah yang membawa wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada hamba-hamba Allah,
siapa yang patuh taat di atas ajarannya mendapat syafaat,terhindar dari neraka dan siksa,juga ke atas keluarga Rasulullah Sallalahhu Alaihi Wasallam,sahabat-sahabat yang telah menyambung usaha tenaga memberi peringatan terhadap ajaran-ajaran Allah kepada hamba-hambaNya,selawat dan salam yang tidak terhingga setiap hari dan masa...

Maha Suci Tuhan Yang Maha Esa,bersendirian pada keagunganNya,tunggal pada zatNya dan sifat-sifat qudrat dan baqak,Maha Suci Tuhan yang menundukkan hamba-hambaNya dengan kematian dan fanak untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih banyak membuat bakti dan jasa...Sesungguhnya apa yang diamalkan oleh seseorang akan diperlihatkan sama ada baik atau buruk,akan dia lihat,kerana yang bernyawa akan merasai mati ingatlah, kamu akan diberi ganjaran pahala segala sesuatu amalan, baik kecil atau besar,yang sulit atau nyata,akan kamu terima di hari penghabisan nanti,berbahagia sangatlah siapa yang terlepas dari siksa neraka dan menjadi penghuni syurga,sedangkan kehidupan di dunia ini sementara waktu sahaja dan kesenangannya adalah palsu semata-mata,tidak kekal dan tidak boleh dibawa kemana-mana...

Wahai SITI NADIAH BIN HAMDAN dari tanah kamu dijadikan, kemudian kepada tanah kamu dikembalikan dan daripada tanah jua kelak kamu akan dibangkitkan untuk mengadap Tuhan Rabbul Izzah...

Dengan nama Allah,daripada Allah,kepada Allah,atas agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebenarnya kamu wahaitelah dimatikan, kematian inilah yang dijanjikan oleh Allah ArRahman, dan tepatlah janji-janji yang telah disampaikan oleh Utusan Allah hanya dengan sekali Israfil tempik, hancur lebur yang ada di muka bumi ini. Kemudian berhimpunlah kembali di sisiNya.

Wahai SITI NADIAH BIN HAMDAN mudahan dirahmati Allah ke atas kamu,dan diampunkan dosa-dosamu.Mulai dari hari ini berakhirlah sudah keduniaanmu,habislah sudah keseronokanmu,dan mulai hari ini kamu berada di alam barzakh iaitu alam yang lain dari yang kamu tahu,inilah salah satu dari alam akhirat,janganlah kamu lupakan perjanjian di masa perpisahanmu dari alam dunia menuju akhirat iaitu dua kalimah syahadah"Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah"...

Ingatlah,apabila datang kepada kamu dua malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal kamu dan manusia-manusia lain seperti kamu dari ummat Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, janganlah kamu terkejut,janganlah kamu bimbang dan terasa takut,kamu akan dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan seperti berikut:-
Siapa Tuhanmu?
Siapa nabimu?
Apa agamamu?
Siapa imammu dan apa pegangan hidupmu?
Apa qiblatmu?
Apa kewajiban di atasmu?
Siapa saudaramu?
Apa kepercayaanmu?
Atas apa kematianmu?
Oleh itu wahai SITI NADIAH BIN HAMDAN jawablah begini:-
Allah Tuhanku.
Muhammad nabiku.
Islam agamaku.
Al Quran imam dan pegangan hidupku.
Kaabah qiblatku.
Sembahyang,zakat,puasa dan haji kewajibanku.
Sekalian muslimin dan muslimat saudaraku.
Ibrahim Khalilullah bapa kepada agamaku.
Aku hidup dan mati tetap di atas kalimah attauhid...La ilaaha illallah,Muhammad rasulullah.

Berpegang teguhlah wahai SITI NADIAH BIN HAMDAN dengan hujah-hujah ini. Ketahuilah! kamu sekarang tetap berada di sini tinggal sementara di dalam alam barzakh sehingga hari kiamat dibangkitkan kelak.

Apabila ditanya lagi:-
Apa kata kamu tentang seorang lelaki yang diutuskan kepada kamu dan sekalian makhluk Allah?
Jawablah: Beliau adalah Saidina Muhammad Sallallahu alaihi wasallam,pesuruh Allah yang diutuskan kepada kami membawa ajaran dan kenyataan-kenyataan dari Allah maka kami ikut dia,kami percaya dengannya dan kami akui dengan benar atas kerasulannya.

Apabila mereka berpaling,katakanlah Allah memadai bagiku. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Kepadanya sahaja aku menyerahkan diri dan dialah Tuhan yang mempunyai kuasa yang maha besar.

Ketahuilah wahai SITI NADIAH BIN HAMDAN bahawa mati itu benar, masuk ke kubur itu benar,soal Munkar Nakir itu benar,bangkit dari kubur itu benar,hisab dan perhitungan amalan itu benar,neraca timbangan keadilan itu benar,neraka itu benar,syurga itu benar dan tidak ragu-ragu lagi hari kiamat pasti akan datang jua,di masa itu Tuhan akan membangkitkan semula ruh-ruh yang berada di dalam kubur...

Kami ucapkan selamat tinggal bagimu sisi Allah...kami ucapkan selamat tinggal bagimu di sisi Allah...kami ucapkan selamat tinggal bagimu di sisi Allah...

Kamu disejahterakan oleh Allah...kamu disejahterakan oleh Allah...kamu disejahterakan oleh Allah...

Kamu ditetapkan oleh Allah...kamu ditetapkan oleh Allah...kamu ditetapkan oleh Allah...

Ditetapkan kamu oleh Allah di akhirat dengan jawaban-jawaban kamu yang tetap lagi tepat sebagaimana telah ditetapkan Allah bagimu di dunia.

Terhiburlah hendaknya kamu dari kerisauan dengan hiburan dari Allah,tercucurlah rahmat dengan rahmat dan nikmat Allah dalam kesepianmu,terampunlah dosa-dosamu dengan rahmat Allah,diterima segala kebajikanmu dengan kemurahan dan anugerah Allah.

Ya Allah,kami memohon darimu yang maha pemurah lagi maha penyayang, ya Allah yang maha penghibur bagi setiap kesunyian dan kesepian, yang sentiasa ada dan tidak jauh dari hamba-hambaNya. Kami memohon dirahmati atas keseorangan kami dan keseorangannya,kami memohon dilancarkan oleh Allah lidahnya bagi jawaban-jawabannya dan janganlah kami tergoda sesudahnya bahkan tetap keimanan,kasihanilah di atas kami dan atasnya, kami memohon diampuni di atas kami dan atasnya dengan rahmatmu yang maha luas ya Allah ya Rabbal Alamin...

Friday, February 25, 2011

stress

Aku mimpi aku smoking semalam.
Mungkin aku stress dengan kehendak aku sendiri.

Monday, February 7, 2011

Say no no

Bila aku warwarkan di facebook bidadari sorga kembali, ramai orang bertanyakan khabar blog kusam aku yang ketiga ini. At the end of the day, aku tak update juga.Malas.

Aku ingatkan Bidadari Sorga III hanya sampai di pengetahuan sedikit orang saja. Rupanya ada yang mengikuti sejak Bidadari Sorga pertama dan siasat sampai lubang cacing naskhah masam aku.

Thanks a million. Aku tak pandai sangat menulis tapi aku minat. Tapi kerja jurutera konsultan bukan ada banyak masa. Setiap bait ayat yang aku fikirkan satu hari aku pendamkan saja sampai terlupa. Hasilnya kosong tak terluah.

Salah seorang pengikut setia blog aku tekun jadi pencuri. Sebab hati ni kau tak boleh ambil, kau curi je. Aku appreciate kau, kau tau. Sebab kau tekun. Tapi hati aku statik, jumud. Keras macam batu.

Hati aku pernah lembik pada seorang ni. Dia pernah tanya aku bila nak dirikan rumah tangga. Aku jawab, kahwin ni complicated. Aku tak ready. Sebenarnya aku nak cakap, aku suka kau lah gila. Aku memang bangang bila jawab macam tu. Sampai hari ni aku rasa bangang.

Aku tak tau. Mungkin dia tengah tunggu orang lain. Hopeless. Jadi, aku matikan hasrat aku.

This coming March. Aku dah 25 tahun hidup dan aku belum gila meroyan nak kahwin. Say no no untuk tidak bercinta. Sekian.



Friday, January 14, 2011

cinta aku?Kerja..

Service Apartment Seksyen 15, Shah Alam- CCC Meeting every friday
Township-Alam Impian: Phase A1-04a, Phase A1-04b, Phase A1-06, Phase A1-08, Phase A1-011
Township-Kota Seriemas-PT 13, PT24, PT8, PT23, Golf Course.
Resubmission for Main infra (Alam Impian)



Mari Pengsan.